Wednesday, December 26, 2012

Apis & Anis | Majlis Bertandang

Salam ^^.
Selesai menyiapkan satu majlis ceria yang dipenuhi senyuman penuh seri di muka pasangan pengantin :D. Mudah-mudahan senyum itu kekallah sepanjang masa menempuh kehidupan berumahtangga ^^.

Lokasi Majlis: Kg. Parit Jayus 4, Seri Medan, Batu Pahat
Lokasi Outdoor: Jalan kelapa sawit belakang rumah :p
Andaman: Feeda House
Hiasan Pakaian Pengantin Perempuan: Pearlnity

Thursday, December 6, 2012

Aly & Mel | Majlis Perkahwinan

Salam ^^.
Been a while :D. Alhamdulillah, satu lagi majlis yang penuh dengan keceriaan berlangsung selepas hampir dua tahun mereka mengikat pertunangan. Majlis yang sebegini sepatutnya menjadi contoh untuk semua bride-to-be; senyum bukan sebab kamera, tapi sebab anda gembira :D. Moga kedua mempelai berkekalan hendaknya sampai bila-bila. Tiga lagi update untuk menutup akaun 2012 ini. Enjoice!

Lokasi Majlis: Kg. Sungai Ayam, Batu Pahat, Johor
Lokasi Outdoor: Sawah Sagil, Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Florist: Lily Florist
Kad Jemputan: Klik2Flick
Banner: CheapCheap
Kompang: Kumpulan Kompang Sungai Ayam Pantai

Friday, November 16, 2012

Hijrah 1434 | Promosi

Salam ^^.
Alhamdulillah, tahun baru sudah. Masih lagi dalam pencarian kedai untuk dijadikan gallery kecil-kecilan ^^. Sedikit promosi untuk bakal pengantin bagi "memeriahkan" lagi Penghayatan Islam. Moga dengan langkah ini dapat menkadikan perkahwinan itu lebih diberkati :).

p/s: Promosi ini akan berlangsung sepangjang 1434H ^^.



Haqim

+ 6 0 1 7 7 1 0 2 2 0 7
email: info@qulukis.com / mnhqmy@gmail.com
website: www.qulukis.com

Monday, November 5, 2012

Majlis Konvokesyen Ke-12 UTHM | Random

Salam ^^.

Berlangsungnya dengan meriah untuk kali ke 12, Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Dan hadirnya Qulukis Photography bukanlah sebagai Official Photographer atau buka booth untuk studio photoshoot mahupun dihire mana-mana graduan untuk sesi photography. Ramai dah photographer yang hadir untuk tujuan itu. Sekadar hadir mengambil gambar mereka yang tak menjangka gambar mereka akan diambil gambar :D. And I'm happy enough to be asked "Dik, boleh tolong amikkan gambar kami?" ^^. So, cheers!

Sunday, October 28, 2012

Zul & Ain | Majlis Akad Nikah

Salam ^^.
Satu lagi Majlis Akad Nikah selamat berlangsung :D. Lesson to be learnt, agak mustahil outdoor di kawasan yang penuh dengan orang ramai tanpa terselit seorang dua dalam frame :p. Cheers!

p.s: Pakej Fotografi Perkahwinan sudah di update ^^

Lokasi Majlis: Kluang, Johor

Wednesday, October 17, 2012

Amin & Sa'aodah | Majlis Perkahwinan

Salam ^^.
Akhirnya, job pertama di kawasan kampung sendiri. Hehe. Alhamdulillah, kebanyakan daripada client-client Qulukis Photography ini daripada profession pendidikan :D. Tahniah untuk pasangan pengantin, harap akan tersenyum sentiasa menatap gambar-gambar album yang akan siap sikit masa lagi ^^. Cheers!

p/s: Pakej 2013 sedang dalam kemaskini, boleh hubungi terus untuk maklumat lanjut :).

Lokasi Majlis: Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Lokasi Outdoor: Bandar Penggaram, Batu Pahat, Johor
Catering/Khemah: Qariah Jalan Sekolah Arab (J.A.S.A), Parit Raja, Johor
Kompang: Kumpulan Seni Gemilang, Belia J.A.S.A (Saudara Izal)

Monday, October 15, 2012

Farid & Azyan | Majlis Perkahwinan

"A Series of Unfortunate Events - kisah benar yang mana flash kamera gagal bernyawa untuk dua minggu berturut-turut serta kejadian monitor dan hard disc failed dalam satu malam."
- Anonymous

Petikan cerita yang bukan rekaan, benar-benar berlaku baru-baru ini. Hidup perlu terus :D. That aside, entry kali ini merupakan Majlis Perkahwinan Saudara Farid dan Saudari Azyan. Kredit untuk ex-classmate yang merekemenkan diri ini :D. Enjoy!

Lokasi Majlis: Parit Sulong, Batu Pahat, Johor
Lokasi Outdoor: Taman Botani, Sri Medan, Batu Pahat, Johor
Andaman: Feeda House
Kompang: Kumpulan Kompang Kampung Batu Putih

Sunday, September 16, 2012

Lubuk Raya Serigar & Fadlunnisak | Majlis Akad Nikah

Salam :).
Lama dah tak update pasal post wedding :D. First of five; Majlis Akad Nikah Pn. Fadlunnisak dan En. Lubuk Raya Serigar. Pn. Fadlunnisak adalah salah seorang "penyelia" ketika menjalani sesi praktikal di Majlis Perbandaran Kulai (MPKu). Moga ceria ketika membelek helaian custom album yang ditempah ^^.

Lokasi: Pontian, Johor
Andaman/Pelamin: Norzi Andaman
Catering: KomarShah Enterprise

Thursday, August 23, 2012

Random - Carik-carik Cahaya Malam



Haqim

+ 6 0 1 7 7 1 0 2 2 0 7
email: info@qulukis.com / mnhqmy@gmail.com
website: www.qulukis.com

Friday, August 10, 2012

Ramadhan 1433 #14

Masjid Jamek Riadhil Jannah, Kampung Parit Haji Salleh Ros
Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Ramadhan 1433 #13

Masjid Jamek Parit Jelutong
Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Friday, August 3, 2012

Ramadhan 1433 #12

Surau Ar-Rahman, Jalan Yong Peng
Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor

Tuesday, July 31, 2012

Ramadhan 1433 #11

Masjid Jamek Sbak Uni
Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Monday, July 30, 2012

Ramadhan 1433 #10

Masjid Jamek Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Sunday, July 29, 2012

Ramadhan 1433 #09

 Masjid Riyadhus Solihin, Pintas Puding
Parit Raja, Batu Pahat

Ramadhan 1433 #08

 Masjid Abdullah Fiqah

Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Saturday, July 28, 2012

Ramadhan 1433 #07

 Masjid Jamek Al-Hidayah, Kampung Parit Lapis Sempadan

Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Thursday, July 26, 2012

Ramadhan 1433 #06


Masjid Jamek Parit Daun
Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan 1433 #05


 Surau Al-Ikhsan, Jalan Sekolah Arab
Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Ramadhan 1433 #04

Solat Sunat Tarawikh 8 Rakaat - sangat sinonim dengan nama "melayu" dan entry-entry berkaitan dengan Ramadhan 1433 ini lebih tertumpu kepada potret kanak-kanak yang masih berkeliaran di dalam masjid / surau selepas paras 8 rakaat. Malangnya kali ini, hanya mereka yg "berumur" sahaja yang tinggal. Moga surau ini dapat kekal dimakmurkan walaupun dikelilingi kepesatan pembangunan sekeliling ^^.

Surau Ar-Ridhwan, Jalan Kenangan
Batu Pahat, Johor

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan 1433 #03

Masjid Jamek Kg. Istana
Batu Pahat, Johor

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan 1433 #02

Masjid Dato Bentara Luar
Batu Pahat, Johor

Friday, July 20, 2012

Ramadhan 1433 #01

Salam ^^.
Sempena menyambut ketibaan Ramadhan 1433, Qulukis Photography akan menyinggah ke merata masjid dan surau sekitar Batu Pahat (selagi terdaya :p) di kala solat terawikh. Agak-agak terjumpa orang buang tebiat bawak kamera pergi solat terawikh tu tegur-tegur lah ye? :D

Masjid Jamek Sultan Ismail
Batu Pahat, Johor

Thursday, July 19, 2012

Promosi Ramadhan 1433

Salam ^^.
Sebagai satu pemangkin kepada penghayatan Islam, di bulan Ramadhan ini Qulukis Photography menawarkan sedikit ganjaran buat Pasangan Pengantin Wanita BERHIJAB ^^.


*Apalah sangat beberapa keping gambar kalau dibandingkan dengan pahala yang comfirm diberi olehNya :D

Thursday, July 12, 2012

Afiq & Ira | Majlis Bertandang

Salam :).
Selepas bergambar suka-suka, mereka akhirnya selamat untuk berpegang-pegang semasa bergambar :D. Hehe. Congrats to both of you! ^^

Tempat : Taman Soga, Batu Pahat, Johor
Catering : Zul MBH Catering
D.J. / Karaoke : D.J. Wan
Kompang : Kumpulan Kompang Balai Polis Batu Pahat, Johor

Fazely & Irni Nadia | Majlis Pertunangan

Salam :).
Agak lama tak mengupdate blog ni :D. Tugasan kali ni adalah Majlis Pertunangan Cik Irni dan En. Fazely. Enjoy the view! ^^

Tempat : Kampung Parit Yusof Laut, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor
Andaman : Fazzdone's Bridal
Pelamin : Alinz Gallery

Sunday, May 20, 2012

Mahathir & Maswita | Majlis Akad Nikah

Kampung Seri Paya, Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Rentetan peristiwa yang berlaku di sini, dengan ketentuanNya alhamdulillah pasangan tersebut selamat memulakan satu lagi ikatan baru di dalam hidup masing-masing. Pasangan Cikgu Mahathir dan Cikgu Maswita, dengan sekali lafaz, akhirnya boleh dapat pahala hanya dengan sentuhan :D. Selamat berbahagia ^^.


Thursday, May 17, 2012

Teaser - Majlis Pertunangan Fazely & Irni Nadia

Sedikit preview daripada majlis pertunangan yang berlangsung baru-baru ini di Parit Yusof Lautm Parit Sulong, Batu Pahat. Tahniah buat kedua-dua pasangan! ^_^


Wednesday, April 18, 2012

Jelajah Janji Ditepati, Batu Pahat 2012

Salam ^^.
Sedikit tangkapan daripada program Jelajah Janji Ditepati di Batu Pahat, Johor yang  baru-baru ini diadakan. Melihat dari sudut agak berbeza antara ceramah, gerai acara dan realiti kehidupan :).

 Lautan Merah - Kehadiran program ini dilaporkan lebih 30 000 orang. Betul, tapi lebih setengah rasanya diimport menaiki bas dari segenap daerah di Johor. Juga sesetengah jabatan kerajaan mengeluarkan notis arahan WAJIB HADIR bagi memeriahkan jelajah tersebut :D