Sunday, April 14, 2013

Jamadilakhir 1434


Salam ^^.

4 Jamadilakhir 1434.

3 tahun sudah berlalu
sejak menamatkan pengajian
ijazah pertama
di Universiti Sains Malaysia :).

Masih merangkak
dalam dunia perniagaan
berasaskan hobi, minat,
kepakaran (mungkin?)
dan harapan.

Cewwahh.. Sekadar coretan asah skill :p.

Ini gambar-gambar tahun 2003 yang menggunakan kamera filem srreett..srreett-auto-gulung-nikon-murah, saat menyertai Program Khidmat Sosial Negara (PKSN); gambar yang sedikit sebanyak bermulanya era fotografi dalam hidup dan ya, lepas cuci kena marah :p.


Daripada gambar-gambar ini, 4 subjek teknikal utama masa itu terfikir dek akal; gambar pokok tu lebih menarik lepas digunting, gambar pantai terlalu terang, gambar tebing jambatan kabur macam bergerak, gambar yang lebih menarik dengan garis lintang ke atas. Awal tahun 2000 internet belum lagi popular, jadi sumber rujukan utama hanyalah buku-buku, majalah-majalah di kedai-kedai buku yang dibaca free sebelum kena maki :p.