Monday, October 21, 2013

Monday, October 14, 2013

Raya lagi!

Selamat Aidiladha ^_^

Dan ya, kami dah bertapak di Shah Alam, Selangor :D

Sunday, September 1, 2013

Selamat Merdeka!!!


Merdeka bukan setakat sehari, bukan juga setakat laungan
^^

p.s: Dan jangan risau, harga Pakej Fotografi dan Sesi Potret takkan naik 20 sen :P.

Saturday, August 17, 2013

Update! ^^

Salam :D.

Agak lama tak berupdate website ini, kononnya sibuk. Hehe. Sedikit gabungan empat majlis yang telah berlangsung sebelum tibanya bulan Ramadhan yang lepas; Azri & Ika, Shahmi & Lin, Khairi & Azmaliza dan Ismail & Zana :D.

Moga masing-masing berpuas hati dengan hasil yang telah siap dipersembahkan dan moga ia jadi bahan jenaka menjelang hari-hari muka :D. Enjoice!

p/s: Qulukis Photography kini berkembang ke Shah Alam, Selangor :D. Jadi kepada yang ingin bertemu, menempah perkhidmatan ataupun ingin bersembang kencang, jangan malu contact ye :p.

Wednesday, August 14, 2013

Ghayer!!!!

Harap tak terlambat,
Selamat Hari Ghayer!!!
:D

Friday, May 31, 2013

Jalan-jalan | Hutan Lipur Soga Perdana

Salam ^^.
Jumaat tiba lagi dan alhamdulillah masih lagi kita berpeluang untuk bertaubat untuk seminggu lagi, mana tahu hari kiamat Jumaat minggu hadapan, kan? :D.

Bagi melegakan kepala yang sarat dengan gambar-gambar pasangan bahagia pengantin (:p), di Qulukis Photography jalan-jalan melihat alam sekitar amatdigemari. Berkesempatan untuk melakukan aktiviti berpeluh sambil melenguhkan kaki di Hutan Lipur Soga Perdana. Satu-satunya kawasan tanah tinggi di Batu Pahat yang dimajukan untuk selain tujuan pembangunan :).

So, yok mula berjalan :D.

 Warm up sikit, redah laluan tepi entrance.

Tuesday, May 28, 2013

Album | Di sebalik Tabir

Salam ^^.

Selain daripada bertanyakan atau request harga pakej murah (:p), pernah tertanya-tanya bagaimana sesebuah album itu kami hasilkan? Kalau tak pernah, meh kami ceritakan sikit dengan penuh detail :D.

Untuk menghasilkan album, perkara yang wajib perlu ada ialah GAMBAR ^^. Dan untuk mendapatkan gambar perlulah diambil :D. Boleh rujuk di post sebelum ini untuk gambaran yang kami sukai. Bagi post ini, kami mengambil contoh penghasilan album pasangan Saudara Isa dan Saudari Fiza ^^. Dalam satu-satu majlis (akad nikah + majlis persandingan), lebih kurang 900 keping gambar akan diambil.

Selesai sahaja majlis (balik rumah maksudnya), perkara pertama yang perlu dibuat ialah pemindahan gambar-gambar ke dalam dua hard disk; satu untuk kegunaan dan satu untuk backup. Tujuan utama adalah untuk mengurangkan bebanan fikiran para client yang khuatir gambar mereka lenyap akibat sebarang kerosakan digital :D.

1. Hard disk utama untuk kegunaan.

2. Hard disk kedua untuk backup.

Sunday, April 14, 2013

Jamadilakhir 1434


Salam ^^.

4 Jamadilakhir 1434.

3 tahun sudah berlalu
sejak menamatkan pengajian
ijazah pertama
di Universiti Sains Malaysia :).

Masih merangkak
dalam dunia perniagaan
berasaskan hobi, minat,
kepakaran (mungkin?)
dan harapan.

Cewwahh.. Sekadar coretan asah skill :p.

Ini gambar-gambar tahun 2003 yang menggunakan kamera filem srreett..srreett-auto-gulung-nikon-murah, saat menyertai Program Khidmat Sosial Negara (PKSN); gambar yang sedikit sebanyak bermulanya era fotografi dalam hidup dan ya, lepas cuci kena marah :p.


Daripada gambar-gambar ini, 4 subjek teknikal utama masa itu terfikir dek akal; gambar pokok tu lebih menarik lepas digunting, gambar pantai terlalu terang, gambar tebing jambatan kabur macam bergerak, gambar yang lebih menarik dengan garis lintang ke atas. Awal tahun 2000 internet belum lagi popular, jadi sumber rujukan utama hanyalah buku-buku, majalah-majalah di kedai-kedai buku yang dibaca free sebelum kena maki :p.

Thursday, March 7, 2013

Azri & Ika | Majlis Akad Nikah

Salam ^^.
Alhamdulillah, tugasan pertama untuk tahun baru 2013 :). Terima kasih untuk pasangan Mel & Aly untuk hebahan mulut :p. Majlis simple yang diserikan sedikit dengan renyaian hujan dikala sesi outdoor; macam best pula shoot dalam hujan-hujan :D. Enjoice!

p.s: tak sempat lagi nak mengarang ayat-ayat puitis :p

Lokasi Majlis: Sungai Suloh, Batu Pahat, Johor
Lokasi Outdoor: Sekitar Senggarang, Batu Pahat Johor dan Pantai Sungai Lurus
Andaman: Azidia Bridal Couture

Friday, March 1, 2013

Syam & Ayu | Majlis Perkahwinan

Salam ^^.
Satu lagi post untuk hujung minggu ini ^^. Tahniah buat Saudara Zulhisyam dan pasangan Saudari Yuhanis, pasangan yang takleh tenung muka masing-masing, mesti gelak :p. Moga gelak tawa itu berkekalanlah hendaknya sambil menatap album gambarnya :D. Cheers!

p.s: akan menyusul coretan "tahun baru" :p

Lokasi Majlis: Parit Imam, Batu Pahat, Johor
Lokasi Outdoor: Sekitar Dataran Penggaram, Batu Pahat, Johor
Andaman/Pelamin: Andaman Kak Yam


Bob & Lun | Majlis Perkahwinan

Salam ^^.
Walaupun namanya sawang (web), tapi sekamin ternampak sawang-sawang di website ini :D. Alhamdulillah setelah diharungi beberapa kesulitan dalam kerjaya, Qulukis Photography berupdate semula dan tahun baru ini yang tak berapa nak baru sangatlah akan melalui proses pemantapan karya yang lebih :).

That aside, majlis kali ini sambungan dari Majlis Akad Nikah yang telah selamat dilangsungkan pertengahan tahun lepas. Tahniah kepada Puan Lun, ex-office mate semasa praktikal INSEP tahun lepas dengan pasangan pilihan beliau :). Moga senyum selalu seperti gambar-gambarnya :D.

Lokasi Majlis: Pontian, Johor
Lokasi Outdoor: Taman Rekreasi Sungai Rambah, Pontian, Johor
Andaman, Pelamin: Norzi Andaman