Friday, May 31, 2013

Jalan-jalan | Hutan Lipur Soga Perdana

Salam ^^.
Jumaat tiba lagi dan alhamdulillah masih lagi kita berpeluang untuk bertaubat untuk seminggu lagi, mana tahu hari kiamat Jumaat minggu hadapan, kan? :D.

Bagi melegakan kepala yang sarat dengan gambar-gambar pasangan bahagia pengantin (:p), di Qulukis Photography jalan-jalan melihat alam sekitar amatdigemari. Berkesempatan untuk melakukan aktiviti berpeluh sambil melenguhkan kaki di Hutan Lipur Soga Perdana. Satu-satunya kawasan tanah tinggi di Batu Pahat yang dimajukan untuk selain tujuan pembangunan :).

So, yok mula berjalan :D.

 Warm up sikit, redah laluan tepi entrance.

Tuesday, May 28, 2013

Album | Di sebalik Tabir

Salam ^^.

Selain daripada bertanyakan atau request harga pakej murah (:p), pernah tertanya-tanya bagaimana sesebuah album itu kami hasilkan? Kalau tak pernah, meh kami ceritakan sikit dengan penuh detail :D.

Untuk menghasilkan album, perkara yang wajib perlu ada ialah GAMBAR ^^. Dan untuk mendapatkan gambar perlulah diambil :D. Boleh rujuk di post sebelum ini untuk gambaran yang kami sukai. Bagi post ini, kami mengambil contoh penghasilan album pasangan Saudara Isa dan Saudari Fiza ^^. Dalam satu-satu majlis (akad nikah + majlis persandingan), lebih kurang 900 keping gambar akan diambil.

Selesai sahaja majlis (balik rumah maksudnya), perkara pertama yang perlu dibuat ialah pemindahan gambar-gambar ke dalam dua hard disk; satu untuk kegunaan dan satu untuk backup. Tujuan utama adalah untuk mengurangkan bebanan fikiran para client yang khuatir gambar mereka lenyap akibat sebarang kerosakan digital :D.

1. Hard disk utama untuk kegunaan.

2. Hard disk kedua untuk backup.