Tuesday, May 28, 2013

Album | Di sebalik Tabir

Salam ^^.

Selain daripada bertanyakan atau request harga pakej murah (:p), pernah tertanya-tanya bagaimana sesebuah album itu kami hasilkan? Kalau tak pernah, meh kami ceritakan sikit dengan penuh detail :D.

Untuk menghasilkan album, perkara yang wajib perlu ada ialah GAMBAR ^^. Dan untuk mendapatkan gambar perlulah diambil :D. Boleh rujuk di post sebelum ini untuk gambaran yang kami sukai. Bagi post ini, kami mengambil contoh penghasilan album pasangan Saudara Isa dan Saudari Fiza ^^. Dalam satu-satu majlis (akad nikah + majlis persandingan), lebih kurang 900 keping gambar akan diambil.

Selesai sahaja majlis (balik rumah maksudnya), perkara pertama yang perlu dibuat ialah pemindahan gambar-gambar ke dalam dua hard disk; satu untuk kegunaan dan satu untuk backup. Tujuan utama adalah untuk mengurangkan bebanan fikiran para client yang khuatir gambar mereka lenyap akibat sebarang kerosakan digital :D.

1. Hard disk utama untuk kegunaan.

2. Hard disk kedua untuk backup.


Dan untuk makluman, di Qulukis Photography segala gambar yang diambil adalah dalam format RAW. Bagi mereka tidak tahu, file format ini membolehkan sebarang pengolahan (editing) dibuat tanpa menjejaskan file gambar asal. Walaupun gambar asal sudah cukup menarik jika terus diambil dalam format JPG, namun kami lebih suka "masak bahan yang mentah" :D.

Proses seterusnya adalah editing dan kami menggunakan Adobe Lightroom (LR) sebagai aplikasi utama. Sebelum memulakan editing, pemilihan gambar dibuat bagi menyahkan sebarang gambar yang mata tertutup, ekspresi muka yang tak senonoh juga posing yang sama dalam beberapa gambar. 930 keping gambar asal akan mungkin akan dikurangkan kepada separuh atau sepertiga sahaja. 

3. Proses mengimport file RAW ke LR.

Bagi proses editing, kami di Qulukis Photography akan seboleh-bolehnya mengekalkan keaslian gambar, bermaksud tiada sebarang tambahan burung-burung beterbangan mahupun bulan sebesar langit muncul di dalam gambar. Hanya melibatkan olahan warna juga kedudukan gambar.

4. Gambar sebelum.

5. Gambar selepas.

Terdapat beberapa gambar yang akan dihitamputihkan mengikut mood sesuatu gambar juga mood rekaan album itu sendiri.

6. Gambar dihitamputihkan.

Selesai proses pemilihan gambar dan editing, gambar-gambar akan ditukar format kepada dua saiz file format JPG. Satu file saiz besar ke dalam folder "edit" dan satu file saiz kecil ke dalam folder "share.file" untuk memudahkan file di upload ke website untuk tujuan perkongsian. Kedua-dua folder ini akan dimasukkan ke dalam DVD yang akan diterima oleh client :).

Seterusnya adalah proses rekaan layout album. Setiap rekaan album di Qulukis Photography tidak, kami ulang tidak menggunakan sebarang layout album yang sekarang mudah didapati melalui perkongsiaan internet. 

First thing first, lukisan layout. Maaf jika terlalu abstrak; di sinilah datangnya QuLukis :D. Setiap lukisan layout yang dibuat adalah mengikut kesesuaian dan mood gambar. Oleh sebab itu tiada penggunaan free layout atau yang berbayar berlaku di sini ^^.

7. Qulukis layout.

Lukisan abstrak tadi akan ditukar ke dalam rekaan album menggunakan Adobe Photoshop.

8. Sediaan based.

9. Sediaan guideline.

10. Sediaan layout.

Proses seterusnya adalah menyusun gambar-gambar ke dalam rekaan yang telah disiapkan. Di sini sedikit pengubahsuaian rekaan berlaku bagi memastikan layout dan mood gambar ada kimia (chemistry) :D.

11. Import gambar.

12. Susunan dan teknik masking.

13. Resize gambar.

Sedikit tambahan corak atau kerawang dibuat bagi menceriakan sedikit rekaan album :D.

14. Kerawang.

Dan.......

15. Setel satu helaian album ^^.

Siap helaian-helaian design ini akan dihantar untuk tujuan preview client, manalah tahu ada gambar-gambar yang tak berkenan dihati untuk dimasukkan ke dalam album :D.Dan insyaAllah dalam masa seminggu dua, album siap diambil dari kedai printing. Tapi tidak terus ke tangan pengantin baru kerana:

Ini :D

Dan hasilnya yang diharapkan mengukir senyuman bagi mereka yang memilih QuluKis Photography sebagai penyeri majlis bermakna anda:


Terima kasih sekali lagi untuk bacaan ini. Harap untuk para b2b sekalian jangan segan silulah untuk menempah khidmat kami bagi merakam kenangan indah hari bahagia anda :D.


Haqim

+ 6 0 1 7 7 1 0 2 2 0 7
email: info@qulukis.com / mnhqmy@gmail.com
website: www.qulukis.com

No comments:

Post a Comment