Sunday, October 3, 2010

DIY - Snoot & Snoot Grid (not slurrppp....)

Salam :D.
Entry pertama mengisahkan tentang wujudnya Snoot & Snoot Grid buatan tempatan :D. So, soklan pertama :

- Apakah kejadahnya Snoot itu?
Dipetik daripada The Free Dictionary , Snoot ialah Hidung mancung pipi tersorong2. Juga dimaksudkan sebagai a person regarded as arrogant and annoying. Oleh sebab ini link photography, 'hidung' yang dimaksudkan adalah camera accessory untuk strobist technique. Mari kita teruskan kepada penciptaannya.

- Bahan

Gunting, pembaris, pensel, gunting, kertas tebal hitam (apa-apa kertas tebal still acceptable)

- Cara

   i. Ukur flash head anda. (Dalam kes di atas, saya guna Nissin Di-866, ukuran 68mm x 43mm)
   ii. Panjang ikut selera masing-masing. (Akan dihuraikan nanti)
   iii. Potong ikut logik. (Lebihkan sedikit untuk proses gam)
   iv. Gam dengan cermat.

- Hasil

Snoot P (panjang), Snoot S (sedang), Snoot K (kontot)

- Snoot G (grid)

Tambahan bahan: Straw hitam, Gam

Cara: Sama seperti Snoot biasa tetapi disusun dan dilekatkan straw yang dipotong pendek-pendek. Straw selain hitam still boleh digunakan tetapi akan menghasilkan warna straw tersebut.

Hasil: Seperti gambar di atas.

- Cara Pemakaian.
Sarung je ke flash head tersebut.

-Contoh pencahayaan.
Mari kita lihat contoh flash lighting tanpa dan dengan Snoot.

*setting camera: 18m, ISO200, f/5.6, 1/20 sec
*flash setting: 105m, 1/128, 2 meters form wall, to the right of camera

Without Snoot

Snoot K

Snoot S

Snoot P

Snoot G

Jadi, faham sudah apa itu Snoot dan kegunaannya? Kreatifkan diri anda ngan flash lighting tersebut. Mungkin hujung snoot boleh dibentukkan dengan bentuk2 mengancam seperti bintang, love dan sebagainya :D.

Selamat Mencuba..!! ^^

No comments:

Post a Comment