Tuesday, November 8, 2011

"That awkward moment when a Zombie is looking for brains...

...and it walks right past you..."

Ahahaha. Quote yang best ^^. Tapi post kali ini bukan bercerita tentang quote, puitis-puitis bagai semua itu. Sekadar ingin berkongsi sikit tips daripada satu pengalaman Bird Photography.

Baru-baru ini dalam perjalanan pulang untuk berRaya Haji di kampung, tersinggah di RnR Machap waktu petang ke senja lebih kurang. Perghh, kalah taman burung waktu tu, beribu-ribu lemon, eh silap, beribu-ribu burung berterbangan, berkicauan. Duduk atas motor bersandarkan beg galas belakang, snap 3 keping gambar sekadar untuk kenang-kenangan :D. So di bawah sedikit tips untuk yang teringin mengsnap gambar-gambar burung berterbangan, 

#01: Head & Gear Cover

Burung sangat, amat, ter comel sekali. Melihat kawanan burung memang mengasyikkan. Tapi jangan sesekali menyangka diorang tak mendatangkan bahaya. Burung adalah spesis "BOMBARDIER" semulajadi terulung. Jadi sebelum kepala anda dibom, atau lebih haru, gear, gadjet anda yang kena, cover semua elok-elok.

#02: Strangers

Of course, untuk mana-mana style photography pun, kepekaan terhadap kelibat orang asing yang mencurigakan atau pun tak sangat perlu sebelum kesesalan dikemudian hari :).



#03: Study

Also applies to other style of photography, you don't just go and snap the picture. Buat homework, pilih tempat, masa, and wait for the right moment to snap. Kebiasaannya kawanan burung-burung ini meriah samada pagi @ petang dekat-dekat senja. Study corak flight diorg, ke arah mana pusingan, kepak buka @ tutup, bila sesuai pakai wide, bila sesuai pakai tele. To keep the detail of them, you'll need larger aperture lens to achieve fast shutter speed. Tapi terpulang. Art doesn't depend on the detail, you might get more with the blur :D

Boleh perhati perbezaan dua setting di bawah dan hasilnya. Dua gambar pertama nampak detail setiap burung dan gambar last macam shooting star :D.



Dua gambar pertama: 50mm iso500 f/1.4 1/400
Gambar last: 18mm iso800 f/3.5 1/30

#04: Patience

Burung tak selalunya cantik, cuaca tak selalunya menarik, klikkan shutter tak selalunya mengena. Yes, you can take all the time shooting a stood still bird, but for the flying one, patience is always the best skill to have.

Antara gambar terawal ketika mula-mula pegang kamera. It took me three days waiting for this moment :D.


Haqim

+ 6 0 1 7 7 1 0 2 2 0 7 | + 6 0 1 9 7 4 6 0 7 5 3
email: mnhqmy@gmail.com / siqulu@facebook.com
website: qulukis.blogspot.com
personal: kulukulusite.blogspot.com
facebook: facebook.com/siqulu

No comments:

Post a Comment