Thursday, January 5, 2017

2016.



Salam.

Hai! Saya Haqim, seorang lone photographer yang gambarnya kebanyakan berkisar tentang perkahwinan, pemandangan abstrak dan sesuatu yang mengujakan. 2016 adalah tahun yang kurang aktif bagi diri saya, dari segi kerjanya dan dari segi kemas kini blognya :). Walaupun begitu, dengan hadirnya tahun baharu ini, insyaAllah, kekerapan yang lebih pastinya diharapkan. Kini, Qulukis Photography bertapak di Bandar Tasik Puteri, Rawang, tapi masih mengambil tempahan di Batu Pahat dan Raub.

Post ini mengimbau semula tugasan yang pernah diambil pada tahun lalu, saat-saat yang bila dipandang membuat diri bersemangat ingin terus memetik kamera yang ada.

Kalau ada yang teringin menempah mahupun ingin bertanya-tanya sambil bersembang, boleh hubungi nombor yang ada di bawah, atau ke link ini untuk senarai pakej yang ada :D.

ps: Kali ini gambar hitam putih sedikit, ala-ala kenangan lama gitu ^^

Saudara Ameen & Saudari Emma
Pasangan muda yang melompat-lompat di tepi sawah Sungai Sarang Buaya, Batu Pahat dan Taman Botani Johor, Seri Medan, Batu Pahat. Senyumnya tak lekang, tawanya sentiasa girang :)


Saudara Razif & Saudari Murni
Kalau adiknya melompat tepi sawah, suami kakaknya pula melompat di Dataran Penggaram, Batu Pahat :D.


Saudara Riqwan & Saudari Maliessa Nabila
Bertempat di Taman Saujana Hijau, Putrajaya, tugasan kali ini adalah di bawah Frosted Moments Photography.


Saudara Shairazi dan Saudari Fatin
Destinasi paling utara untuk tahun 2016: Ipoh, Perak. Kalau sebelum ini bercanda di padang dan taman rekreasi, kali ini di taman di dalam Kuil Kek Lok Tong, Ipoh serta Taman Tasik Putrajaya. Bukan setakat dalam hati sahaja, di sebalik kuil bukit pun ada taman ^^.


Saudara Hafiz dan Saudari Zulaikha
Pasangan photographer dan assistant photographer empunya Frosted Moments Photography, kalau tak senyum, tak sah! Tak kiralah di kawasan pembinaan di Masai, Johor Bahru mahupun belakang rumah di Kampung Bukit Kapar, Kapar, berposing sudah jadi rutin harian. Tapi takkan terlepas daripada senyuman leret dan gurau senda :D.


Saudara Nasrudin & Saudari Husnul Khatimah
Selesai bergambar di kawasan pembinaan, kembali semula ke taman bandar di Bandar Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh. Sekali lagi, tugasan ini adalah di bawah Frosted Moments Photography, yang empunyanya pasangan di atas :D.


Si Kecil Sara Sofea Medina
Tugasan majlis kesyukuran ini berlangsung di Raub. Kali ini bergambar bersama bayi pula :D


Doktor Sahal
Menuju ke arah Kuantan dan Gombak kali ini ke Universiti Islam Antarabangsa untuk majlis konvokesyen biras. Sesi lompat-lompat adalah satu kemestian :D.


Saudari Sajita Barvin
Tugasan pertama dan terakhir di Taman Garing Utama, Rawang untuk tahun lalu. Kali pertama juga merasai adat resam yang berlainan ketika malam berinai ^^.


Si Kecil S. Siddhaarth
Kembali ke Raub di Taman Amalina Saujana, majlis penamaan (naming ceremony) berlangsung dengan bestnya :).


Saudara Fahim & Saudari Sya
Kembali ke Parit Raja, Batu Pahat untuk majlis adik sendiri. Mudah-mudahan berkekalanlah hendaknya. Habis basah seluar masuk tali air di kawasan sawah Kampung Parit Sagil, Ayer Hitam, kalau tak senyum juga, tak tahulah ^^.


Si Kecil Damian
Tahun yang dimulakan dengan senyuman pengantin dan diakhiri dengan si comel di Felda Mempaga 3, Bentong ^^.


Haqim

+ 6 0 1 7 7 1 0 2 2 0 7
email: info@qulukis.com | mnhqmy@gmail.com
website: www.qulukis.com
facebook: facebook.com/qulukisphotography

No comments:

Post a Comment